fb fb fb fb fb

Naik taraf Stadium Likas, persediaan hadapi Kejohanan Olahraga Asia Tenggara 2024

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin

KOTA KINABALU, 17 Mei - Stadium Likas akan dinaik taraf sebagai persiapan Sabah menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Asia Tenggara 2024.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin berkata sebanyak RM12 juta diperuntukan untuk kerja-kerja menaik taraf stadium tersebut yang perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

"Semoga penaiktarafan dan semua peruntukan yang memerlukan kejohanan ini dapat dijalankan dengan sebaiknya dan menepati syarat-syarat yang ditentukan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kejohanan Olahraga Asia Tenggara 2024 dan Sesi Perjumpaan Jurulatih Sukan Olahraga Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Khamis.

Kejohanan itu akan disertai 11 buah negara Asia antaranya Thailand, Filipina, Vietnam, Timor Leste dan Indonesia.

Seramai 600 atlet akan mengambil bahagian dalam kejonan lima hari itu yang akan berlangsung bermula 21 hingga 25 November ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN