fb fb fb fb fb

Kante kembali disenaraikan dalam skuad Perancis hadapi Euro 2024

Pemain antarabangsa Perancis, N'golo Kante/ Foto Reuters

PARIS, 17 Mei - Pemain tengah N'Golo Kante disenaraikan kembali bagi memperkuatkan skuad Perancis menghadapi Euro 2024 pada Jun ini.

Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengumumkan senarai 25 pemain dengan bintang bola sepak, Kyalian Mbappe mengetuai skuad 'Les Bleu' pada kejohanan berkenaan.

Kante, kembali ke skuad kebangsaan walaupun tidak bermain sejak 2022. Dia menyertai Al Ittihad menerusi perpindahan percuma dari Chelsea. Kante bermain sebanyak 41 perlawanan musim ini.

"Kali terakhir, Kante bermain adalah pada Jun 2022. Dia mengalami kecederaan serius yang menghalangnya daripada mewakili pasukan kebangsaan di Piala Dunia 2022.

"Kami memantau perkembangannya.Dia berjaya membuktikan prestasinya dengan berjaya bermain banyak perlawanan", kata Deschamps dalam sidang media mengumumkan senarai pemain ke Euro 2024 di sini.

"Saya mengambil keputusan untuk menyenaraikannya kerana percaya Perancis akan lebih mantap dengan kehadiran Kante", tambah Deschamps.

Dalam pada itu, penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann turut dipanggil selepas terlepas pada perlawanan persahabatan ketika menentang Jerman dan Chile pada Mac lepas.

Penyerang veteran, Olivier Giroud yang telah tamat kontrak bersama AC Milan turut disenaraikan pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Deschamps turut menyenaraikan beberapa paemain muda dalam skuad Perancis kali ini. Antaranya pemain sayap PSG, Bradley Barcola 21 tahun dan pemain tengah, Warren Zaire-Emery, 18 tahun.

Perancis diundi berada dalam kumpulan D dan bakal memulakan saingan bertemu Austria pada 17 Jun depan.

Kali terakhir Perancis menjulang Piala Eropah ialah pada 2000 apabila menewaskan Itali 2-1.-Reuters

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD