fb fb fb fb fb

UKRC kembali dengan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antarabangsa 2025

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 September – Kelab Rekreasi Ulu Kelang (UKRC) bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Antarabangsa pada 13 hingga 14 September ini.

Menurut Pengerusi Kejohanan, Brendan Lee, penganjuran kali ini melibatkan pemain berusia 60 tahun ke atas yang masih aktif dalam sukan bola sepak.

Katanya, kejohanan itu diadakan semula berikutan permintaan tinggi daripada peserta tempatan dan antarabangsa yang memerlukan platform untuk beraksi.

"Sebanyak lapan pasukan akan bertanding hujung minggu itu, dan kejohanan dijangka menjadi medan untuk mempererat kembali ikatan persahabatan komuniti bola sepak tempatan serta luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM