NEW YORK, 4 September - Bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka melangkah ke separuh akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Dia berjaya menundukkan wakil Republik Czech, Karolina Muchova 6-4 dan 7-6 (3), pada aksi suku akhir di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King, di sini.
Juara Grand Slam empat kali itu terpaksa berhempas-pulas untuk mengatur kebangkitannya dalam kejohanan terbesar berkenaan.
Empat tahun selepas mengungguli empat gelaran utamanya, pilihan ke-23 dari Jepun itu kembali beraksi musim lalu susulan 'rehat' panjang selepas bersalin.
Keputusan itu menyaksikan dia berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat suku akhir kepada 5-0.
Di separuh akhir nanti, dia akan menentang wakil tuan rumah, Amanda Anisimova.
Terdahulu, Muchova menjalani rawatan di bilik persalinan selama 10 jam berikutan kecederaan di kaki kirinya.
Pun begitu, Muchova berjaya memberikan saingan sengit kepada Osaka meskipun tewas.
