NEW YORK, 4 September - Juara bertahan, Jannik Sinner meneruskan rentak cemerlangnya pada tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Dia berjaya menundukkan pilihan ke-10, Lorenzo Musetti straight set 6–1, 6–4 dan 6–2, sekali gus mara ke separuh akhir.
Pemain nombor satu dunia itu yang juga juara Terbuka Australia, mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut kepada 26 perlawanan.
Dalam aksi suku akhir, Sinner menguasai setiap set tanpa memberi peluang mudah kepada Musetti.
Musetti cuba bangkit memberi tekanan, namun ketangkasan Sinner sukar dinafikan sehingga ke set akhir.
Menanti Sinner di peringkat seterusnya, pilihan ke-25 kejohanan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime.