fb fb fb fb fb

Malaysia, Singapura berentap di Bukit Jalil malam ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 September - Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia menentang Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini pada pukul 9.00 malam.

Dalam 51 pertemuan setakat ini, Malaysia menang 20 kali, seri 17 kali manakala Singapura mencatat 14 kemenangan.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berlangsung di pentas Piala ASEAN tahun lalu, yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Bukit Jalil.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menggesa skuad negara beraksi pada tahap sebenar ketika menentang Singapura.

Beliau sebelum ini memberitahu media bahawa Singapura sebuah pasukan yang baik, dan skuad negara perlu berada pada tahap terbaik untuk mencapai keputusan diinginkan.

Persiapan giat dijalankan termasuk sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang perlawanan tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM