fb fb fb fb fb

UEFA lancar siasatan terhadap Morata, Rodri

Foto REUTERS

MADRID, 24 Julai-Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memulakan siasatan terhadap dua pemain Sepanyol Alvaro Morata dan Rodri susulan perbuatan mereka ketika perarakan trofi Euro 2024, kata badan sukan Eropah berkenaan.

Kedua-dua pemain dikatakan menyanyikan lagu Gibraltar adalah milik Sepanyol pada 15 Julai lalu, iaitu pada hari Sepanyol dinobatkan sebagai juara Euro 2024 menewaskan England 2-1 ketika perarakan di Madrid.

Tindakan tersebut menyebabkan Pesatuan Bola sepak Gibraltar memfailkan aduan rasmi kepada UEFA berhubung perbuatan tersebut.

UEFA telah melantik pemeriksa etika dan tatatertib untuk menilai sama ada ia melanggar peraturan.

Tuduhan terhadap Rodri dan Morata termasuk melanggar peraturan asas kelakuan sopan, prinsip am kelakuan, menggunakan acara sukan untuk manifestasi bukan sukan dan menjatuhkan nama baik sukan bola sepak.

Gibraltar merupakan wilayah kepunyaan Britain terletak di Selatan Sepanyol.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD