fb fb fb fb fb

Bologna tandatangani Dallinga dari Toulouse

Penyerang Belanda,Thjis Dallinga sertai Bologna/Foto REUTERS

TOULOUSE, 24 Julai-Pasukan Serie A, Bologna telah menandatangani penyerang Belanda, Thijs Dallinga dari kelab Liga Perancis, Toulouse, kata jurucakap kelab Bologna pada Selasa.

Kedua-dua kelab bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perjanjian, namun media Itali melaporkan perjanjian tersebut bernilai sekitar 15 juta euro atau 16.28 juta pounds.
Namun, Bologna tidak mendedahkan kontrak pemain berkenaan.

Dallinga yang membuat satu penampilan bersama pasukan Belanda telah menjaringkan 37 gol dalam 87 penampilan bersama Toulouse.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD