fb fb fb fb fb

Flick mahu adaptasi gaya permainan terbuka buat Barca

Pengurus Barcelona, Hansi Flick/Foto REUTERS

BARCELONA, 24 Julai-Pengurus Barcelona yang baharu,Hansi Flick mahu menambah sedikit corak permainan secara terbuka buat kelab Catalan berkenaan bagi menjaringkan gol.

Flick berkata dia sememangnya menghormati corak permainan kelab berkenaan yang dikenali dengan permainan 'Tiki-Taka, namun menjelaskan kemenangan adalah kayu pengukur kepada setiap pasukan.

"Saya sememamngnya sedar tradisi corak permainan di sini (Barcelona) adalah hantaran yang menarik.

"Namun, saya inginkan pemain turut bermain secara terbuka bagi menjaringkan gol", kata Flick kepada Barca ONE dalam satu temubual yang diterbitkan pada Isnin.

"Mereka (pemain) sepatutnya fokus untuk menjaringkan gol. Saya tidak berasakan bahawa gaya permainan saya bermasalah.

"Saya mahukan mereka bermain dengan corak menekan lawan tertumpu di bahagian tengah pasukan lawan. Tetapi pada akhirnya ia adalah untuk memenangi perlawanan", tambah Flick.

Flick dilantik Barcelona sebagai pengurus kelab berkenaan pada Mei lalu dengan kontrak selama dua tahun menggantikan Xavi Hernandez yang dipecat dan dibawa masuk bagi mengembalikan semula kegemilangan Barcelona selepas kelab berkenaan gagal memenangi sebarang trofi musim lepas.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD