fb fb fb fb fb

UAE hidupkan harapan Piala Dunia selepas tewaskan Qatar - FIFA

Foto AFP

DUBAI, 20 November- Pasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin hampir untuk menamatkan penantian 36 tahun untuk layak ke Piala Dunia, dalam detik yang digambarkan FIFA sebagai kejayaan cemerlang, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

UAE mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Qatar dalam saingan Kelayakan Asia AFC – Laluan ke 2026 di Stadium Al Nahyan, Abu Dhabi.

FIFA memuji perlawanan itu sebagai persembahan cemerlang Fabio Lima, yang memainkan peranan penting dalam memberikan kekalahan paling besar kepada Qatar sejak 2007.

Kemenangan itu meletakkan UAE hanya tiga mata di belakang Uzbekistan yang menduduki tempat kedua Kumpulan A.

Akaun rasmi FIFA memetik kata-kata Lima, "Saya sangat gembira kerana berjaya mengutip tiga mata di tempat sendiri."

“Saya rasa kami telah bermain perlawanan terbaik kami dalam pertandingan ini hari ini, dan kami perlu meneruskan prestasi di tahap ini. Jika kami terus bermain seperti ini, kami mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya,” kata Lima.- BERNAMA-WAM

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM