fb fb fb fb fb

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi untuk Terbuka Perancis dan All England

Ng Tze Yong

KUALA LUMPUR, 24 Februari - Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong telah menerima suntikan bagi meredakan kesakitan tulang belakangnya.

Suntikan itu merupakan suntikan kedua yang diterima Tze Yong selepas kali pertama ketika Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), baru-baru ini.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata pemain berusia 23 tahun itu menerima suntikan di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil dan ikhtiar itu diharap dapat membantu pemain berkenaan beraksi pada dua kejohanan di Eropah iaitu Terbuka Perancis dan All England bulan depan.

"Susulan kecederaan itu, Tze Yong sebelum ini hanya menjalani latihan ringan," katanya.

Tze Yong kini sedang memburu slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris dan ketika ini, beliau berada di tempat ke-15 dalam ranking Race to Paris.

Sebuah negara hanya boleh mempunyai maksimum dua pemain dalam satu kategori perseorangan dengan syarat kedua-duanya berada pada kedudukan 16 teratas pada penghujung tempoh kelayakan Race to Paris dijadualkan pada 28 April ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN