fb fb fb fb fb

ACC India: Shah Firdaues, Izzah Izzati rangkul gangsa pecut

Nurul Izzah Izzati

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-msing meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India semalam.

Menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024, Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa

Terdahulu, beliau yang juga merupakan pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac lepas gagal melangkah ke final selepas tewas kepada wakil China Li Zhiwei, 0-2, dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati mengiringi kejayaan sama selepas menewaskan wakil Jepun Aki Sakai, 2-0.

Izzah Izzati terlepas peluang untuk merebut pingat emas dan perak selepas tewas kepada wakil China Tong Mengqi 0-2 di peringkat separuh akhir.

 

2402 BASIKAL INDIA 2
Muhammad Shah Firdaus Sahrom

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE