fb fb fb fb fb

'Rookie Cup' cipta kelainan, pelumba baharu boleh sertai rali dengan kereta kegunaan harian

Penganjuran Rally Sprint X-One yang kini memasuki edisi ketiga tahun ini turut mempertaruhkan kategori 'Rookie Cup'

SHAH ALAM, 24 Februari - Penganjuran Rally Sprint X-One yang kini memasuki edisi ketiga tahun ini turut mempertaruhkan kategori 'Rookie Cup'.

Kategori itu bagi memberi peluang kepada peminat sukan permotoran tempatan untuk hadir sebagai pelumba tanpa perlu memiliki pasukan lumba secara profesional.

Pengarah perlumbaan, Roduwan Rashid berkata lebih menarik bagi kategori berkenaan pelumba boleh menggunakan kenderaan kegunaan harian mereka.

Menurutnya, perlumbaan itu mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mendapat pengiktirafan oleh badan induk sukan permotoran tanah air (MAM).

"Sebab kita ingin sukan rali ini kembali bersinar di Malaysia sebab itulah kita juga buat Rookie Cup iaitu untuk orang-orang baru menyertai dengan menggunakan kenderaan harian, tidak perlu "rockage" dan juga dia adalah orang yang betul-betul baru dalam sukan rali," katanya.

Rally Sprint X-One dijadual membuka tirai pada hujung minggu ini bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang dan tiada sebarang tiket dikenakan kepada pengunjung.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN