fb fb fb fb fb

Tze Yong tempah slot separuh akhir terbuka Australia 2022

(Ng Tze Yong)

KUALA LUMPUR, 19 November- Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya menempah slot ke saingan separuh akhir Badminton Terbuka Australia, pada Jumaat.

Kejayaan itu membuka peluang beliau untuk bersaing bagi memburu gelaran juara kejohanan.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di State Sports Centre, Sydney menyaksikan Tze Yong menang dengan keputusan 21-9, 21-7 menewaskan pemain tuan rumah, Nathan Tang.

Seandainya Tze Yong berjaya mengekalkan prestasi positif sepanjang kejohanan di Sydney maka peluang pemain itu memperbaiki kedudukannya juga dilihat cerah.

Hari ini, Tze Yong dijadual bertemu lawan dari China, Lu Guang Zu pada aksi separuh akhir.

(Foto hiasan)

Media Baharu