fb fb fb fb fb

Venus Williams kembali ke Auckland Classic 2026

Foto Arkib

WELLINGTON, 5 November – Legenda tenis Amerika Syarikat, Venus Williams bakal beraksi di kejohanan Auckland Classic Januari depan selepas menerima tiket wild card untuk kejohanan pemanas badan menjelang Terbuka Australia.

Pengarah Kejohanan Nicolas Lamperin berkata pemain berusia 45 tahun itu akan beraksi dari 5 hingga 11 Januari, selepas membuat kemunculan semula di Terbuka Amerika Syarikat Ogos lalu.

“Venus merupakan antara pemain terhebat dalam era moden dan prestasinya di gelanggang tidak perlu dipersoalkan. Ia penampilan pertamanya selepas berehat selama 16 bulan daripada aksi kompetitif," katanya.

Tegasnya sumbangan besar Williams di luar gelanggang turut memberi impak mendalam terhadap evolusi tenis wanita dan terus menginspirasi generasi baharu dengan semangatnya yang tidak pernah pudar.

Williams, yang menjuarai Auckland Classic pada 2015 selepas menewaskan Caroline Wozniacki, memiliki rekod tujuh gelaran Grand Slam termasuk lima kejuaraan Wimbledon, dua Terbuka Amerika Syarikat, serta pingat emas Olimpik Sydney 2000.

Selain Williams, Naomi Osaka, juara empat kali Grand Slam dari Jepun, turut disahkan menyertai kejohanan tersebut.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN