fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Bayern Munich kekalkan rekod tanpa kalah

Pemain Bayern Munich menyumat dua gol dalam aksi menentang PSG/REUTERS

PARIS, 5 November - Bayern Munich mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini kepada 16 kemenangan selepas menewaskan penyandang juara, Paris Saint Germain (PSG) 2-1.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan status pasukan berkenaan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Pemain sayap Colombia, Luis Díaz menjadi wira pasukan Bavaria itu apabila menjaringkan dua gol sebelum dibuang padang kerana melakukan terjahan keras ke atas Achraf Hakimi pada penghujung babak pertama.

PSG bangkit selepas rehat dan mengurangkan jurang jaringan menerusi Joao Neves.

Namun kegagalan memanfaatkan penguasaan bola menyebabkan pasukan berkenaan gagal untuk menyamakan kedudukan.

Kemenangan tersebut mengekalkan Bayern di tangga teratas liga dengan kutipan 12 mata, manakala PSG kini di tempat ketiga, ketinggalan tiga mata. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD