fb fb fb fb fb

Kejohanan Oceania 2022, peluang Aaliyah cipta rekod baharu

(Aaliyah pada salah satu kejohanan luncur air)

KUALA LUMPUR, 19 November- Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah dan adik lelakinya Aiden memburu rekod baharu dalam saingan Kejohanan Oceania 2022 di Australia hujung minggu ini.

Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF) dalam kenyataan memaklumkan dua atlet tersebut dijemput oleh Konfederasi Oceania untuk memberikan cabaran pada kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut akan menjadi medan terbaik buat Aaliyah Yoong terus menyerlahkan di peringkat tertinggi susulan kejayaan beliau tahun ini.

Aaliyah Yoong akan bertanding dalam tiga acara iaitu ‘slalom’, ‘tricks’ dan ‘jump’ manakala Aiden Yoong akan beraksi dalam ‘slalom’ dan ‘tricks’ sahaja.

Pada Julai, Aaliyah Yoong menjadi pemain ski Malaysia pertama memenangi pingat di pentas dunia apabila meraih gangsa dalam acara tricks kegemarannya pada Sukan Dunia di Birmingham, Alabama.

Prestasinya terus menyerlah apabila mendominasi Kejohanan Asia pada Ogos setelah menyapu bersih kesemua empat pingat emas dalam acara ‘tricks’, ‘slalom’, ‘jump’ dan keseluruhan.

(Aaliyah Yoong Hanifah)

Media Baharu