fb fb fb fb fb

Ronaldo kritik Ten Hag

(Cristiano Ronaldo/AFP)

LONDON, 18 November- Cristiano Ronaldo mendakwa dia "diprovokasi" oleh kurang rasa hormat dari pengurus Manchester United, Erik Ten Hag apabila enggan masuk sebagai pemain gantian menentang Tottenham bulan lalu.

Penyerang Portugal itu menyatakan dia berasa dikhianati, serta tidak menghormati pengurus Belanda itu susulan insiden itu yang menjadi punca kedua-duanya berbalas kritikan pedas,

“Saya rasa dia sengaja melakukannya.

"Saya berasa wujud unsur provokasi. Saya tidak menghormati dia selaku pengurus kerana dia juga tidak menunjukkan rasa hormat kepada saya."

"OK, anda tidak menurunkan saya menentang Manchester City kerana menghormati karier anda dan anda mahu menurunkan saya selama tiga minit ketika menentang Tottenham. Ia tidak masuk akal.

"Beliau tidak menghormati saya dengan cara yang sepatutnya. Tetapi itulah yang berlaku. Inilah sebabnya mungkin, perlawanan menentang Tottenham, saya meninggalkan stadium." kata Ronaldo.

Kelab itu bertindak balas dengan menggantung pemenang 'Ballon d'Or' lima kali untuk perlawanan Red Devils seterusnya menentang Chelsea.

(Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memberikan arahan kepada Donny van de Beek (kanan),
Cristiano Ronaldo (tengah) dan Diogo Dalot ketika menentang Aston Villa di Villa Park dekat Birmingham/AFP)


“Saya fikir ia adalah strategi daripada kelab untuk saya bertindak seperti itu,” tambahnya. “Saya sangat, sangat, sangat, sangat kecewa dengan komunikasi Manchester United.

"Sejujurnya, saya tidak pernah menghadapi masalah dengan mana-mana kelab, dengan mana-mana jurulatih dan mereka menggantung saya tiga hari, yang saya rasa banyak."

Dalam satu kenyataan pada Isnin, United berkata mereka akan mempertimbangkan maklum balas kelab terhadap temu bual itu sebaik sahaja fakta penuh diketahui.

Bekas kapten United Gary Neville berkata pada hari Khamis bahawa mereka kini tidak mempunyai pilihan selain membatalkan kontrak Ronaldo, yang akan berlangsung sehingga akhir musim.

Pemain berusia 37 tahun itu dilaporkan berminat untuk meninggalkan kelab itu sebelum kempen bermula selepas United gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Ronaldo berkata dia menolak tawaran dari Arab Saudi bernilai 350 juta euro ($364 juta) selama dua musim dan menolak dakwaan terdapat kekurangan minat daripada kelab Eropah lain.

"Akhbar sampah mengatakan bahawa tiada siapa yang mahukan saya, itu salah sama sekali. Saya gembira di sini, saya terdorong untuk melakukan musim yang hebat di sini," katanya ketika kekal di United

"Tetapi mereka terus mengulangi: 'tiada siapa yang mahukan Cristiano'. Bagaimana mereka tidak mahu pemain yang musim lalu menjaringkan 32 gol termasuk (untuk) pasukan kebangsaan." katanya.

Ronaldo mendedahkan dia berharap untuk terus bermain sehingga dia berusia 40 tahun, namun turut membayangkab keputusan itu mungkin boleh berlaku sejurus selepas pentas akhir Piala Dunia di Qatar.

Namun Ronaldo berkata "tumpuan" kini harus diberikan kepada bola sepak untuk Piala Dunia yang pertama pada November dan Disember.

Media Baharu