fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar 2022: Croatia idam lakar kejutan

DOHA, 19 November-Pasukan Croatia yang berjaya mencipta kejutan selepas mara ke perlawanan akhir piala dunia di Rusia pada tahun 2018 selesa dianngap sebagai pasukan 'underdogs' (bukan pilihan) pada kejohanan kali ini.

Diketuai oleh Luka Modric, Croatia yang tidak diletakkan sebarang harapan berjaya mara ke akhir namun ditewaskan pasukan Perancis dengan jaringan 4-2 di Rusia.

Tidak ramai pemerhati meramalkan Croatia akan kembali melakukan kejutan seperti di Rusia memandangkan skuad tersebut rata-ratanya dibarisi oleh 'kuda tua'.


(Pemain-Pemain Croatia sedang menjalani sesi latihan di Doha /AFP) 

Keadaan tersebut jelas disukai oleh para pemain Croatia.

"Kami tidak meletakkan sebarang tekanan terhadap pasukan dan kami sebenarnya tidak kisah dengan ramalan yang diletakkan," kata penyerang Bruno Petkovic.

Menurut Petkovic lagi, tumpuan skuad Croatia kini adalah fokus pada setiap perlawanan peringkat kumpulan.

"Kami tidak peduli dengan ramalan. Apa yang penting kami fokus pada setiap perlawanan dan pada akhirnya kita akan melihat kebenaran ramalan tersebut, katanya kepada AFP.

Rakan sepasukan Petkovic, Marko Livaja turut berkongsi pendapat yang sama dengan penyerang tersebut.

"Saya rasa kami (Croatia) mempunyai peluang terbaik bagi mengulangi pencapaian empat tahun lalu di Rusia", katanya.

Pasukan Croatia bakal memulakan kempen piala dunia pada Rabu dengan menentang pasukan Maghribi.

Croatia diletakkan dalam kumpulan F bersama Kanada dan Belgium. -AFP

Media Baharu