fb fb fb fb fb

Jangan politikkan Piala Dunia Qatar 2022 -Macron

(FOTO AFP)

BANGKOK, 19 November-Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan kontroversi yang melanda penganjuran piala dunia di Qatar adalah idea yang tidak baik.

"Saya fikir kita tidak boleh mempolitikkan sukan," kata Macron kepada pemberita.

Piala Dunia 2022, yang bakal bermula esok, telah dilanda kontroversi, termasuk dakwaan pencabulan hak asasi manusia di Qatar, penindasan perbezaan pendapat, penganiayaan terhadap pekerja asing dan penganiayaan terhadap golongan LGBTQ.


(Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Sidang Kemuncak APEC 2022
 /Foto FB Emmanuel Macron)

"Persoalan-persoalan ini mesti ditangani apabila penganjuran acara itu diputuskan," kata Macron kepada pemberita di Bangkok, ketika menghadiri sidang kemuncak forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

Macron sebelum ini menolak tindakan memboikot kejohanan seperti mana gesaan yang dibuat oleh bekas bintang 'Le Blues', Eric Cantona agar memboikot kejohanan piala dunia di Qatar.

Pasukan Perancis akan memulakan misi mempertahankan piala dunia dengan menentang Australi pada selasa depan diikuti Denmark dan Tunisia.

Pasukan Perancis menjuarai piala dunia pada 2018 di Rusia selepas menumpaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir.-AFP

Media Baharu