fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Azpilicueta teruja dengan skuad muda Sepanyol

DOHA, 19 November- Pertahanan berpengalaman Sepanyol, Cesar Azpilicueta meluahkan rasa keterujaannya terhadap skuad muda itu tatkala 'La Roja' memasang impian bagi merangkul kejuaraaan piala dunia buat kali kedua.

Kapten Chelsea berusia 33 tahun itu, salah seorang daripada beberapa pemain veteran di Qatar bersama Sepanyol, berkata dia seronok melihat mereka (pemain muda) bermain dan kagum dengan kecepatan menyesuaikan diri dengan bola sepak tahap tertinggi.

"Apa yang paling mengejutkan saya ialah mereka, mereka tidak takut, cara mereka menyesuaikan diri dengan permainan, kata Azpilicueta.


(Pemain Pertahanan kanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta)

 "Dalam bola sepak, anak-anak muda bermula lebih awal.

Mereka matang, mereka memahami permainan dan mereka menunjukkannya. Ada di antara mereka sudah bermain di Euro, dan Liga Negara-Negara. Pada usia 18 tahun mereka berada di Piala Dunia. " tambahnya lagi.

Seorang lagi pemain muda yang dikaitkan dengan skuad itu ialah pemain pertahanan Barcelona berusia 19 tahun, Alejandro Balde, yang akan tiba di Doha untuk menggantikan bek kiri Jose Gaya yang cedera.

Azpilicueta, yang membuat penampilan sulung pada 2013 di bawah pengurus legenda, Vicente del Bosque, percaya Balde sudah bersedia untuk kejohanan itu walaupun tidak beraksi.

"Sekarang rakan sepasukan yang hebat akan datang, dia menunjukkan kualitinya bersama Barca, dan dengan pasukan bawah 21 tahun, katanya kepada AFP.

Azpilicueta berharap dapat memberi lebih banyak impak buat Sepanyol dalam Piala Dunia ketiganya, selepas berada bangku simpanan di Rusia empat tahun lalu.

“Walaupun benar saya tidak mempunyai masa permainan yang konsisten, saya tidak pernah dapat bermain pada tahap yang saya ada bersama Chelsea dalam pasukan kebangsaan,” tambah bek kanan itu.-AFP

Media Baharu