fb fb fb fb fb

Benzema cedera selepas kembali menjalani latihan penuh

(FOTO AFP)

DOHA, 20 November- Penyerang Perancis, Karim Benzema akan menjalani ujian perubatan selepas meninggalkan latihan kerana mengalami kecederaan menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Australia.

Bintang Real Madrid itu bergelut dengan kecederaan paha sejak Oktober lalu dan bermain kurang daripada setengah jam bola sepak dalam enam perlawanan terakhir kelabnya.

Kembalinya pemain berusia 34 tahun itu ke latihan penuh dihalang oleh kecederaan, sumber yang rapat dengan Les Bleus memberitahu AFP.

Ini adalah kali pertama Benzema mengambil bahagian dalam latihan penuh sejak skuad Didier Deschamps berkumpul diClairefontaine pada Isnin lalu.

Bawah peraturan FIFA, Deschamps boleh memanggil pengganti pemain yang cedera sehingga perlawanan pertama mereka menentang Australia.

Deschamps sudah kehilangan khidmat pemain tengah Paul Pogba dan N'Golo Kante, penjaga gol nombor dua Mike Maignan, pertahanan Presnel Kimpembe dan penyerang Christopher Nkunku.

Benzema, yang bulan lepas memenangi Ballon d'Or, tidak beraksi sejak 19 Oktober. -AFP

(Benzema cedera selepas kembali menjalani latihan penuh/AFP)

Media Baharu