fb fb fb fb fb

Benzema sah terlepas aksi Piala Dunia

(Penyerang Perancis, Karim Benzema mengambil bahagian dalam sesi latihan
di Stadium Jassim-bin-Hamad di Doha/AFP)

DOHA, 20 November- Pemenang Ballon D'Or Karim Benzema telah diketepikan daripada aksi Piala Dunia kerana kecederaan paha kiri pada Sabtu memberi tamparan hebat kepada harapan juara bertahan Perancis untuk mengekalkan trofi berprestij itu.

Kecederaan pemain berusia 34 tahun itu dialaminya ketika latihan pada Sabtu dan memerlukan tempoh selama tiga minggu untuk pemulihan, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis dalam satu kenyataan.

Penyerang Real Madrid itu bergelut dengan masalah paha sejak Oktober dan bermain kurang setengah jam dalam enam perlawanan terakhir kelabnya. -AFP


(Karim Benzema (tengah) dan pertahanan Perancis Raphael Varane mengambil bahagian
dalam sesi latihan di sebelah penolong jurulatih Perancis Guy Stephan
di Stadium Jassim-bin-Hamad, Doha/AFP)

Media Baharu