fb fb fb fb fb

Brazil pasukan terakhir tiba di Doha

(Penyerang Brazil Neymar dan rakan sepasukan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad,
Doha 
pada 19 November lalu, menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022/AFP)

DOHA, 20 November- Brazil muncul sebagai pasukan terkahir tiba di Doha menjelang aksi Piala Dunia.

Penerbangan dari Turin Itali lokasi mereka berpangkalan minggu ini; mendarat sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan.

Brazil serius dalam mencari gelaran dunia keenam, terdahulu menikmati kempen kelayakan luar biasa, apabila mencatat rekod tanpa kalah untuk menduduki tempat teratas kumpulan tunggal kelayakan Amerika Selatan.

Skuad kendalian Tite adalah yang terakhir tiba daripada 32 pasukan untuk Piala Dunia yang bermula pada Ahad dengan tuan rumah berdepan Ecuador.

Brazil, yang disingkirkan Belgium pada suku akhir pada edisi 2018 di Rusia, membuka kempen menentang Serbia Khamis depan.

Kemenangan terakhir Brazil di Piala Dunia adalah 20 tahun lalu yang diilhamkan oleh trivia penyerang Ronaldo, Rivaldo dan Ronaldinho.

Skuad Samba 2022 akan mengadakan sesi latihan pertama mereka pada petang Ahad di stadium Al Arabi.

Penyerang Paris Saint-Germain Neymar, pemain termahal dunia, akan membuat penampilan kali ketiga pada Piala Dunia dan kini dalam prestasi terbaik bersama kelab Perancisnya.

Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 13 gol dalam 19 perlawanan dalam Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.

Brazil diundi dalam Kumpulan G bersama Serbia dan Switzerland.


(Penyerang Brazil Richarlison (KIRI) dan rakan sepasukan tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad,Doha/
AFP)

Media Baharu