fb fb fb fb fb

Tukar jurulatih tidak selesaikan masalah- MB Kedah

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak bersetuju dengan saranan segelintir peminat Kedah Darul Aman, (KDA FC) yang ingin pasukan tersebut melantik jurulatih baharu menggantikan Aidil Sharin Sahak.

Ini kerana beliau mengakui, membawa individu baharu ke posisi tersebut tidak akan menyelesaikan masalah prestasi Sang Kenari yang kini dilihat bergelut dalam kancah Liga Super musim ini.

Muhammad Sanusi berkata Aidil Sharin yang merupakan pengendali kelahiran Singapura, wajar diberi peluang untuk memperbaiki prestasi pasukan dengan kehadiran dua pemain import baru iaitu Mahmoud Nayef Ahmad Mardi dan Sanrawat Dechmitr.

"Saya tanya Tan Cheng Hoe, pada pandangan 'coach' adakah pertukaran pemain tu memberi kesan, sangat memberi kesan, ia akan mengambil masa untuk 'coach' susun taktikal berdasarkan keupayaan tiap-tiap orang pemain terutama prestasi pemain yang baru dan yang lama, nak 'merge' tu ambil masa," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ganjaran kemenangan kepada Atlet Kedah yang cemerlang dalam Sukan Sea 2021 Vietnam dan Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-41 di New Delhi, India.

Muhammad Sanusi juga enggan mengulas cadangan membawa semula bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kembali membimbing skuad Sang Kenari, dan menyerahkan segalanya kepada pengurusan tertinggi pasukan tersebut.


(Datuk Seri Muhammad Sanusi menyampaikan ganjaran kemenangan kepada Atlet Kedah
yang cemerlang dalam Sukan Sea 2021 Vietnam di ibu negara)

Media Baharu