fb fb fb fb fb

Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026 :Malaysia perlu berani

Foto hiasan/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Malaysia harus berani ambil risiko menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berpendapat., Kementerian Belia dan Sukan (KBS) wajar mendalami segala aspek penyediaan kertas kerja kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan penganjuran sukan tersebut.

Menurutnya, pelaburan kewangan 100 juta pound Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) akan mengurangkan beban kewangan menganjurkan temasya sukan itu.

Tambah Dr Ramlan., Malaysia perlu bijak menguruskan perbelanjaan penganjuran Sukan Komanwel 2026 dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan venue sedia ada.,

Selain penyediaan pengangkutan dan pembayaran elaun pegawai serta petugas terlibat.

Terdahulu, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Ia bagi menggantikan Victoria, Australia, yang menarik diri tahun lalu.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan sebelum ini berkata tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan sama berkata CGA Malaysia berpandangan kerajaan perlu pertimbang peluang sekali seumur hidup itu.

Ia bagi meneruskan legasi kejayaan Malaysia pada penganjuran Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, dan mengembalikan kemegahan negara dalam arena sukan dunia.

Jelas beliau, dengan kemudahan bertaraf dunia sedia ada, Malaysia berupaya menjadi tuan rumah acara antarabangsa seperti Sukan Komanwel.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD