fb fb fb fb fb

Liga Juara : Barcelona mara ke suku akhir

Pasukan Barcelona / Foto Reuters

BARCELONA, 13 Mac - Barcelona layak ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh empat tahun selepas menewaskan Napoli 3-1 di laman sendiri sekali gus memenangi perlawanan secara agregat 4-2 pada Selasa.

Dua gol awal menerusi jaringan Fermin Lopez pada minit ke-15 dan Joao Cancelo minit ke-17  memastikan pasukan tuan rumah, Barcelona selesa di hadapan.

Napoli berjaya mendapatkan gol tunggal menerusi Amir Rrahmani pada minit ke-30 .

Manakala Robert Lewandowski mengesahkan kemenangan buat Barcelona selepas menjaringkan gol ketiga Barcelona pada separuh masa kedua.

Sementara itu, Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez pula menyuarakan kegembiraannya dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak didiknya.

"Sangat gembira dengan kemenanangan tersebut, Barcelona kembali bermain dan berada di suku akhir Liga Juara-Juara.

"Kami menguasai perlawanan dengan serangan dan corak bertahan yang baik. Tahniah juga kepada Napoli yang turut menunjukkan persembahan bermutu". kata Hernandez.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD