fb fb fb fb fb

Luqman, Vigneswaran dipanggil perkuatkan Harimau Muda

FOTO FB FAM

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Dua pemain muda negara yang berkelana di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Annil Vigneswaran dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) bermula Ahad ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan, kem latihan skuad Harimau Muda itu merupakan persediaan mengharungi Piala Asia Bawah 23 2024 di Qatar, dari 15 April hingga 3 Mei ini.

Luqman ketika ini beraksi bersama kelab Jepun Y.S.C.C Yokohama.

Manakala Annil pula bermain untuk kelab divisyen tiga Jerman iaitu SV Waldhof Mannheim 07.

Kesemua 17 pemain akan disertai beberapa pemain yang ketika ini sedang menjalani kem latihan Harimau Malaya, di bawah kendalian Kim Pan Gon sejak 8 Mac lalu

Antaranya tonggak tengah Selangor FC Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, penyerang Kuala Lumpur City FC Muhammad Haqimi Azim Rosli dan penjaga gol Penang FC Sikh Izhan.

Bagi kempen Piala Asia Bawah 23 2024 di Qatar nanti, skuad Harimau Malaya B-23 diundi dalam Kumpulan D, akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam dan Kuwait.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD