fb fb fb fb fb

Laine tekad curi perhatian Pan Gon

Penyerang Selangor FC, Nooa Laine / Foto RTM

SHAH ALAM, 13 Mac - Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine bertekad mencuri tumpuan ketua jurulatih, Kim Pan Gon sekiranya dipilih antara 25 pemain bagi mengharungi saingan Kumpulan D menentang Oman pada saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata dia sedar dan perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam senarai 33 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini.

"Ya, itu benar, kerana ramai pemain dalam pasukan merupakan pemain senior yang jauh lebih lama dari saya dan sudah tentu saya cuba buat yang terbaik untuk pasukan ini, saya harap begitu", katanya yang ditemui media di sini.

Penyerang Selangor FC bagi musim 2024/2025 itu pernah dipanggil menyertai skuad senior semasa aksi kelayakan sama menentang Kyrgyzstan dan juga Taiwan tahun lalu.

Malaysia yang berada di ranking ke-132 dunia, dijadual menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat pada 22 Mac nanti.

Selepas itu, skuad negara akan melayani kunjungan pasukan ranking ke-80 dunia itu pada 26 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Nooa Laine menyifatkan skuad negara mempunyai masa yang cukup membina momentum dalam usaha mencuri mata pada kedua-dua perlawanan itu nanti.

Sudah tentu ada perbezaan untuk beraksi pada musim ini, dan kami baru sahaja melalui pramusim.

"Jadi terdapat perbezaan terutamanya dari segi kecergasan perlawanan namun saya lihat ini tidak menjadi masalah kerana kita masih mempunyai masa yang cukup barisan kejurulatihan melakukan kerja yang baik", kata Laine.

Harimau Malaya kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata diikuti Oman dan Kyrgyzstan yang berkongsi tiga mata di kedudukan kedua dan ketiga.

Manakala., Taiwan dikedudukan tercorot tanpa sebarang mata dengan berbaki empat lagi perlawanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD