fb fb fb fb fb

All England 2024 :Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke pusingan kedua

Pasangan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik mara ke pusingan kedua All England 2024 / Foto FB BAM

BIRMINGHAM, 13 Mac - Beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan All England 2024 yang berlangsung di sini, London.

Pada aksi pusingan pertama, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-19 dan 21-17 keatas rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik memperbaiki pencapaian musim lalu pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 tersebut apabila mereka tewas keatas beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir apabila dijadualkan bertemu beregu nombor 39 dunia dari Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei di pusingan kedua Khamis ini.

Sementara itu, Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mara ke pusingan kedua pada kejohanan berkenaan yang berlangsung di Burmingham, London.

Pasangan diranking ke-25 dunia itu berjaya menumpaskan pasangan beregu Perancis, Thom Gicquel dan Deplhine Delrue.

Pasangan negara menampilkan corak permainan yang positif dan meraih kemenangan pada set ketiga dengan keputusan 12-21, 21-19 dan 21-14.

Manakala pasangan beregu lelaki, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terkadas pada pusingan pertama apabila tewas kepada pasangan China, Liu Yu Chen dan Qu Xuan Yi.

Pasangan negara dirangking ke-12 dunia itu dilihat memberikan permainan pantas dan menang dengan keputusan 21-15.

Namun memasuki set kedua pasangan China bangkit dengan kemenangan 23-21 dan membawa ke set penentuan.

Bagaimanapun pada set ketiga, usaha pasangan negara tidak berhasil apabila tewas kepada beregu dari China itu dengan keputusan 21-14.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD