fb fb fb fb fb

1,400 atlet sahkan penyertaan pada Para SUKMA ke-21 di Sarawak

FOTO HIASAN

KUCHING, 12 Mac- Seramai 1,400 atlet dan 600 pegawai dari seluruh negara telah mengesahkan penyertaan untuk Temasya Para Sukan Malaysia, SUKMA yang akan berlangsung di Sarawak pada September depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kontinjen Sarawak dijangka akan menghantar seramai 240 atlet yang akan menjalani saringan pada 31 Julai depan.

Jelasnya, kesemua sepuluh sukan yang dipertandingkan akan diadakan di Kuching.

Ia melibatkan Olahraga, Renang, Badminton, Ping-Pong dan Tenpin Boling, Boccia, Boling Padang, Powerlifting, Memanah dan Catur.

Temasya Para SUKMA Ke-21 akan berlangsung dari 20 hingga 28 September.

Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual merasmikan majlis penutupan.

Datuk Seri Fatimah menyatakan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Taklimat Persediaan Penganjuran Para SUKMA Ke-21 di Kuching .

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE