fb fb fb fb fb

Bundesliga :Bayer Leverkusen kekal penguasaan di takhta liga

Para pemain Bayer Leverkusen meraikan kemenangan menumpaskan VfL Wolfsburg 2-0 di halaman sendiri pada Isnin/ Foto Reuters

LEVERKUSEN, 12 Mac - Skuad Bayer Leverkusen meneruskan rentak tanpa kalah selepas mudah menewaskan VfL Wolfsburg 2-0 pada Ahad bagi mengekalkan kelebihan 10 mata di puncak.

Kemenangan itu juga menjadikan peluang Bayer Leverkusen semakin cerah bagi memenangi kejuaraan buat kali pertama.

Leverkusen turut mencipta rekod dengan boleh pernah tewas pada semua pertandingan selain turut melebarkan rekod kemenangan kepada 36 perlawanan.

Pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang sendiri itu, penyerang Leverkusen, Nathan Tella membuka jaringan pada minit ke-37 selepas menanduk hantaran Alejandro Grimaldo bagi gol pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Leverkusen terus menggandakan asakan bagi mencari lebih banyak jaringan menerusi beberapa rembatan jauh pemain menerusi Granit Xhaka dan Grimaldo, namun gagal menerjah jaring.

Bayer Leverkusen akhirnya berjaya menambah gol kedua menerusi Florian Wirtz pada minit ke-87.

Bayer kini mengumpul 67 mata berbanding Bayern Munich yang hanya mengutip 57 mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD