RIYADH, 12 Mac - Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr tersingkir pada suku akhir Liga Juara Asia selepas kelab berkenaan tewas 3-1 menerusi sepakan penalti kepada Al-Ain pada perlawanan yang dilangsungkan pada Isnin.
Al-Nassr berjaya mengatasi defisit 1-0 daripada aksi pertama sebelum menang 4-3.
Namun, perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan agregat 4-4 menyebabkan kemenangan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
Pemain import Al-Nassr, Miroslav Brozovic, Alex Telles dan Otavio masing-masing gagal menyumbat gol menerusi sepakan penalti sekali gus membenarkan kelab dari Emiriah Arab Bersatu itu layak ke separuh akhir dan akan berdepan sama ada Al-Hilal atau Al-Ittihad.
Penjaga gol Al-Ain, Khalid Eisa menebus persembahan buruknya apabila dia menyelamatkan penalti pembukaan Brozovic, manakala Soufiane Rahimi, Kaku dan Sultan Al Shams menyempurnakan sepakan penalti.
Kegagalan Otavio menyempurnakan penalti menyebabkan Al-Nassr tersingkir.-REUTERS