fb fb fb fb fb

Lecce pecat pengurus selepas hantuk kepala pemain pasukan lawan

Pengurus Lecce, Roberto D'Aversa dipecat selepas menghantuk kepala pemain pasukan lawan/ Foto Reuters

LECCE, 12 Mac- Kelab Serie A Itali, Lecce telah memecat pengurusnya, Roberto D'Aversa selepas pengurus itu menghantukkan kepalanya terhadap pemain lawan pada minit akhir perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas kepada Hellas Verona minggu lalu, kata pengurusan kelab itu pada Isnin.

D'Aversa dilaporkan menghantuk kepala penyerang Verona, Thomas Henry selepas pasukan bimbingannya tewas 1-0 di gelanggang sendiri pada Ahad.

"Pengurusan kelab dengan ini melepaskan Roberto D'Aversa daripada tugasnya sebagai pengurus kelab", kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Dalam perlawanan tersebut, D'Aversa telah dilayangkan kad merah bersama-sama penyerang Hellas Verona, Thomas Henry.

Namun, D'Aversa memohon maaf atas tindakannya dan mendakwa ia disebabkan oleh provaksi yang berterusan yang dilakukan para pemain Verona terhadap pasukannya.

Kekalahan terhadap Hellas Verona minggu lalu meletakkan Lecce menghuni tangga ke-15 dengan 25 mata iaitu satu mata diatas zon penyingkiran.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD