fb fb fb fb fb

TSG yakin kekal gelaran juara Asia UCI

KUALA TERENGGANU, 29 September- Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) yakin mampu mempertahankan gelaran juara Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, keyakinan tersebut disandarkan pada kedudukan TSG yang selesa di hadapan pencabar di tempat kedua dengan perbezaan 500 mata.

"Kita masih ada empat siri perlumbaan iaitu kejohanan di Iran, Taiwan, Jepun dan Le Tour de Langkawi (LTdL) sebelum tamat musim ini pada Oktober. Melihat pada kedudukan sekarang, kita berada di landasan betul untuk menamatkan saingan di kedudukan nombor satu Asia.

Baki empat perlumbaan itu sebagai latihan untuk kekalkan prestasi pelumba dan kutip lebih banyak mata untuk perbaiki kedudukan di ranking dunia," katanya selepas majlis menandatangani kontrak penajaan antara TSG dengan Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) Sdn Bhd di sini.

(Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif TSG)

Jelas beliau, pasukan yang berpangkalan di Kuala Terengganu itu juga optimis mampu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga terbaik benua.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata pasukannya menyasarkan satu podium dan satu jersi untuk saingan LTdL pada 11 hingga 18 Okt depan.

Menurut Nasiruddin sasaran tersebut dibuat selepas mengambil kira kehadiran banyak pasukan besar bertaraf jelajah dunia dan benua dari seluruh dunia yang datang untuk bertanding di kejohanan bertaraf Pro Series.

Media Baharu