fb fb fb fb fb

Yap Ling gandingan baharu Chen Tang Jie

KUALA LUMPUR, 29 September- Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei akan dirombak.

Pengarah Kejurulatihan Beregu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, rombakan itu terpaksa dilakukan susulan kecederaan lutut yang serius dialami Yen Wei, ketika sesi latihan dua minggu lepas.

"Susulan itu Chen Tang Jie akan digandingkan bersama pasangan baharu, Yap Ling.

Mereka bakal membuat penampilan pertama dalam Terbuka Australia 2022 pada 15 hingga 20 November depan," katanya.

(Rexy Mainaky, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM) 

Manakala Yen Wei pula akan digandingkan dengan pasangan lelaki baharu sama ada Yap Roy King, Tee Kai Wun atau Man Wei Chong, selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Sebelum ini, gandingan Tang Jie-Yen Wei berjaya menamatkan penantian 23 tahun Malaysia dengan memenangi pingat emas dalam acara beregu campuran di Sukan SEA 2021 Vietnam, Mei lalu.

Pasangan muda itu menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13, pada aksi perlawanan akhir.

Media Baharu