fb fb fb fb fb

TSG terima tajaan RM2 juta daripada Terengganu Inc

KUALA TERENGGANU, 29 September- Pasukan berbasikal bertaraf benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menerima tajaan tunai RM2 juta daripada Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) bagi meneruskan momentum cabaran pada musim 2023.

Jelas Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, tajaan itu turut melibatkan usaha sama anak syarikat Kumpulan Perladangan, TDM Berhad serta Medic Iman Sendirian Berhad (KMI) Healthcare di bawah syarikat pelaburan tersebut.

"Sejak tujuh tahun lalu Terengganu Inc dan anak-anak syarikat kumpulannya telah terlibat serta menjadi pemangkin utama kepada kemajuan dan keunggulan pasukan berbasikal bertaraf benua itu," ujarnya selepas menandatangani kontrak penajaan tersebut di studio TSG, di sini.

(Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc)

Pada majlis itu, TSG diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood.

Bagi tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan Terengganu Inc bagi membantu memperkasakan jenama TSG secara komprehensif dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Media Baharu