fb fb fb fb fb

Belum menang sebarang perlumbaan, Hamilton tidak panik

KUALA LUMPUR, 29 September- Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui belum panik meskipun dia masih gagal memenangi sebarang perlumbaan musim ini.

Sebaliknya, situasi itu dianggap Hamilton sebagai satu proses 'pembangunan' bagi dirinya dan juga pasukan Mercedes.

Jelas Hamilton, dia tidak melihat kegagalan itu sebagai ‘kemarau kemenangan’ atau pun ‘penamat’ buat kariernya dan juga Mercedes.

"Saya tidak melihatnya sebagai kemarau kemenangan. Saya anggap sebagai satu keunikan di mana ia memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada saya dan juga pasukan.

Ada enam lagi baki perlumbaan, jadi ada enam lagi peluang buat kami mencari kemenangan tetapi jika kami gagal melakukannya, saya tidak rasa ia suatu penamat. Kami akan kembali ke tempat teratas," kata Hamilton dalam sidang media Petronas dan Pasukan Mercedes menjelang saingan Grand Prix Singapura hujung minggu ini.


(FOTO AFP)

Ketika ini, pemandu British berusia 37 tahun itu berada di tangga keenam kejuaraan dunia dengan 168 mata manakala pesaingnya, Max Verstappen daripada Red Bull pula akan merangkul kejuaraan dunia kali kedua jika berjaya memenangi perlumbaan tersebut.

Media Baharu