fb fb fb fb fb

TRW belanja besar hadapi saingan Liga Super 2023- Zamsham

(Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Pasukan Liga Super TRW Kelantan FC serta
barisan jurulatih TRW Kelantan FC musim 2023 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Februari- Persiapan Kelantan TRW FC bagi mengharungi Liga Malaysia 2023 berjalan lancar apabila hampir melengkapkan 100% senarai penuh pemain bagi bersaing dalam Liga Malaysia 2023.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, lebih 50% muka lama dikekalkan TRW antaranya penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana musim lalu Nurshamil Abd Ghani termasuk barisan kejurulatihan.

Katanya, pihaknya mensasarkan kedudukan 10 terbaik Liga Super dan suku akhir Piala FA musim ini dengan menggunakan kesemua sembilan kuota pemain import yang dibenarkan Malaysian Football League (MFL).

"Ada dua pemain lagi yang kita akan umumkan, seorang dari Nigeria dan masih perlu melalui proses kemasukan manakala seorang lagi merupakan pemain kebangsaan sebuah negara yang tidak boleh kita umumkan sekarang.

"Jadi, kami kini 99% hampir siap untuk menghadapi perlawanan pada 25 Februari nanti,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Pasukan Liga Super TRW Kelantan FC serta barisan jurulatih TRW Kelantan FC musim 2023 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Norizam yang juga dikenali sebagai Zamsaham berkata, bagi bersaing dengan pasukan-pasukan besar di Liga Super musim ini, TRW telah membuat pelaburan besar dengan mengunakan perbelanjaan tiga kali ganda berbanding di Liga Perdana musim lalu.


(Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran

Jersi dan Pengenalan Pemain Pasukan Liga Super TRW Kelantan FC )

Media Baharu