fb fb fb fb fb

Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui MAKAF

(FOTO FAIL)

PETALING JAYA, 19 Februari - Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad mengambil alih tugas Presiden badan induk berkenaan bagi penggal 2023-2027.

Beliau menggantikan penyandang, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-37.

Nur Azmi berkata ia merupakan tanggungjawab yang besar, terutamanya untuk meneruskan legasi Mohd Ali Rustam yang memimpin MAKAF dengan baik dan pencapaian kejayaan di pelbagai peringkat antarabangsa selama ini.

"Saya percaya tanggungjawab yang diberikan pada saya adalah besar dan saya berharap semua gabungan dalam MAKAF dapat membantu saya dan kita akan menganjurkan kejohanan AKF melibatkan 45 negara di Melaka nanti pada 21 hingga 25 haribulan dan melibatkan 1,125 peserta atlet," kata beliau kepada media, di sini hari ini.

 (Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad mengambil
alih tugas Presiden badan induk berkenaan bagi penggal 2023-2027)

Tumpuannya kini adalah mempersiapkan skuad karate negara menggondol emas di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September selain membolot semua pingat emas pada Sukan SEA 2027.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Mohd Ali Rustam, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sri Mohammad Norza Zakaria dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Mohd Ali Rustam yang telah memimpin persekutuan itu selama 13 tahun, tidak mempertahankan jawatannya selepas dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF), pada Oktober lalu.

Media Baharu