fb fb fb fb fb

Sinner kembali garang di Terbuka Itali, selepas penggantungan doping

Bintang tenis Itali, Jannik Sinner kembali ke gelanggang di Terbuka Itali/Reuters

ROM, 11 Mei- Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner melakar kemenangan bergaya selepas menewaskan wakil Argentina, Mariano Navone 6-3, 6-4 pada pusingan kedua Terbuka Itali, pada Sabtu.

Sinner kembali membuat penampilan semula di Terbuka Itali selepas menjalani penggantungan tiga bulan akibat doping.

Bagi juara Grand Slam tiga kali itu, kemenangan itu bukan sekadar untuk bangkit di laman sendiri tetapi lebih kepada mengembalikan momentum.

"Sangat mengagumkan untuk kembali ke gelanggang selepas sekian lama. Saya rasa kami telah membuat persiapan dengan cara terbaik. Sudah tentu, saya terlepas untuk mengikuti maklum balas berkait perlawanan rasmi, kerana itulah sumber terbaik yang boleh kami peroleh sebagai pemain.

Sekurang-kurangnya kini saya dapat gambaran lebih jelas tentang apa yang saya lakukan dan apa yang perlu diperbaiki," kata Sinner dalam sidang media selepas perlawanan.

Februari lalu, Sinner dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mencapai persetujuan penyelesaian dan menjalani penggantungan serta merta susulan keputusan ujian.

Pihak berkuasa menerima penjelasan bahawa bahan anabolik clostebol memasuki tubuhnya menerusi urutan yang dilakukan oleh ahli fisioterapi.

Sinner akan berdepan Jesper de Jong dalam pusingan seterusnya.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM