KUALA NERUS, 11 Mei- Pasukan tuan rumah, UniSZA FC meraih tiga mata pertama apabila menumpaskan UniKL FC 1-0, pada perlawanan pembukaan Liga Institusi Pengajian Tinggi (Liga IPT 2025), di Stadium UniSZA, di sini.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan Mohd Zaharull Hamdan pada minit ke-30.
Ketua Jurulatih skuad The Rhinos, Mohd Norhisham Hassan menyifatkan sokongan padu penyokong selain kelebihan beraksi di laman sendiri, mendorong kepada kemenangan pasukan.
UniSZA FC seterusnya dijadualkan bertemu UPM FC pada 17 Mei di gelanggang sama.