fb fb fb fb fb

Tony Hawk raikan pelancaran semula permainan video luncur papan selaju

Foto AFP

LOS ANGELES, 11 Mei - Peluncur papan selaju terkemuka Amerika Syarikat, Tony Hawk meraikan pelancaran semula permainan video Tony Hawk's Pro Skater 3 + 4, versi penambahbaikan francais permainan video luncur papan selaju yang mula diterbitkan lebih dua dekad lalu.

Permainan yang dijadualkan dilancarkan tidak lama lagi itu merupakan kesinambungan kejayaan siri asal yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat sukan luncur papan selaju dan permainan video.

“Saya amat berbangga dengan permainan ini dan perhatian yang dibawanya kepada dunia luncur skateboard, serta bagaimana ia memberi inspirasi kepada generasi untuk sama ada mula meluncur ataupun sekurang-kurangnya menghargainya,” kata Hawk dalam satu temu bual di Los Angeles.

Peluncur legenda berusia 56 tahun itu turut menyatakan harapannya agar versi penambahbaikan itu terus menarik minat pemain baharu dan menghidupkan kembali nostalgia dalam kalangan peminat lama francais tersebut.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN