fb fb fb fb fb

Man United tewas di Old Trafford

Perlawanan antara Manchester United dengan West Ham / AFP

LONDON, 12 Mei- Manchester United tewas 0-2 kepada West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), lewat malam tadi.

Meskipun beraksi di Old Trafford namun ia bukan perlawanan mudah buat anak buah, Ruben Amorim.

Kedua-dua pasukan saling mengasak untuk mencari gol.

Bagaimanapun kealpaan Man United membolehkan pasukan lawan terlebih dahulu berjaya membuka jaringan pada minit ke ke-26 menerusi pemain tengah, Tomas Souchek.

Tuan rumah terus dihukum pasukan pelawat apabila pemain sayap England, Jarrod Bowen mencetak gol kedua.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Hammers berada di kedudukan ke-15, manakala The Red Devils jatuh ke tangga ke-16 liga.

Sementara itu di Stadium James' Park, Newcastle menewaskan Chelsea 2-0 selepas pasukan itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila penyerang The Blues, Nicolas Jackson dibuang padang pada minit ke-26 gara-gara mengasari pemain lawan.

Terdahulu, gol The Magpies terhasil seawal minit ke-2 menerusi pemain kebangsaan Itali, Sandro Tonali.

Satu lagi jaringan dihasilkan Bruno Guimaraes pada masa kecederaan.

Dalam pada itu di Anfield, Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk terikat 2-2 menentang Liverpool.

Gol The Gunners dijaringkan Gabriel Martinelli dan Mikel Merino, manakala jaringan The Reds disempurnakan Cody Gakpo dan Luis Diaz.-AFP.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID