fb fb fb fb fb

Dembele dinobat pemain terbaik Ligue 1 musim ini

Foto AFP

PARIS, 12 Mei- Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele dinobatkan sebagai pemain terbaik Ligue 1, selepas membawa kelab itu merangkul kejuaraan Perancis ke-13 dan ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah.

Dembele merupakan penjaring terbanyak Ligue 1 musim ini dengan 21 gol.

Beliau juga telah menjaringkan 33 gol dalam 46 perlawanan bagi semua pertandingan.

Dembele menggantikan Kylian Mbappe yang memenangi anugerah itu buat kali ke lima berturut-turut.

Luis Enrique pula memperoleh anugerah selaku jurulatih terbaik manakala Desire Doue dinobatkan pemain muda terbaik Ligue 1.

Pemain Lille, Lucas Chevalier merangkul anugerah penjaga gol terbaik untuk menewaskan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

PSG kini berada di landasan untuk meraih treble selepas memenangi kejuaraan Ligue 1 ke-11 dalam tempoh 13 tahun.

Pasukan itu akan berdepan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah pada 31 Mei, seminggu selepas menentang Reims bagi merebut Piala Perancis.

Penghormatan diberikan dalam satu majlis anugerah UNFP, di sini pada Ahad. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello