Le Mans, 11 Mei - Johann Zarco menamatkan penantian 71 tahun untuk kemenangan di tanah air apabila muncul juara MotoGP Perancis di Le Mans dalam keadaan litar basah yang mencabar.
Pelumba Honda LCR berusia 34 tahun itu menamatkan saingan pada perlumbaan yang ke-150, dengan kelebihan 19.907 saat di depan Marc Marquez dari Ducati dan pelumba rookie, Fermin Aldeguer dari pasukan Ducati-Gresini, meraih podium pertamanya.
Kemenangan tersebut adalah yang pertama di tanah air, selepas kali terakhir Zarco memenangi perlumbaan MotoGP di Australia pada 2023.
Perlumbaan yang berlangsung dalam hujan lebat menyaksikan banyak insiden kemalangan, termasuk melibatkan Alex Marquez dan pendahulu kejuaraan, Marc Marquez, yang dikenakan penalti double long-lap selepas menukar kepada motosikal tayar kering pada awal perlumbaan.
Walaupun berdepan cabaran, Marc Marquez berjaya mengekalkan kedudukan teratas kejuaraan dengan kelebihan 22 mata.
Acara di Le Mans, mencatat sejarah sebagai kehadiran penonton tertinggi dalam sejarah MotoGP, melebihi 300,000 buat kali pertama. - AFP