(Shah Alam City menumpaskan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan jaringan 8-5 dalam aksi
Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 di Kompleks Sukan Negara Panasonic/FOTO FAM)
SHAH ALAM, 20 Februari - Shah Alam City memulakan musim baharu dengan rentak kemenangan selepas menumpaskan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan jaringan 8-5 dalam aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, di sini pada Sabtu.
Kedua-dua pasukan saling berbalas asakan sebaik permainan bermula sekali gus menjadikan pertemuan berlangsung sengit.
KL City bagaimanapun lebih menguasai babak pertama apabila mendahului dengan jaringan 4-3.
Gol KL City dijaringkan Muhammad Hazreen Mohamad Ali, Anzar, Reshan Kumar Sivam dan Muhammad Muzhaffar Mohd Tahir.
Tiga gol Shah Alam City pada separuh masa pertama pula dihasilkan Muhammad Aliff Mohd Roslan, Zulkifli Abu Hassan Zali dan Pereira Rodrigues Adao.
Api kebangkitan Shah Alam City mula terserlah pada separuh masa kedua dengan lima gol dihasilkan skuad kendalian Muhamad Fitri Muhamad Yatim.
Lima gol tersebut disumbangkan Zainal Abidin Hamzah, Muhammad Aliff Mohd Roslan, Zulkifli Abu Hassan Zali, Pereira Rodrigues Adao serta satu gol jaringan sendiri pemain KL City, Ankar.
Manakala KL City cuma mampu menambah satu jaringan menerusi Muhammad Muzhaffar Mohd Tahar.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan apabila KL City hanya mampu menambah satu jaringan untuk merapatkan kedudukan 8-5.
(Pasukan Shah Alam City menang bergaya dalam aksi
Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2023 di Kompleks Sukan Negara Panasonic/FOTO Facebook FAM)