LECCE, 13 Mei - Kayuhan bertenaga pelumba Belanda, Casper van Uden di saat akhir berjaya mengejutkan pelumba lain apabila memenangi peringkat keempat Giro d’Italia, menewaskan dua rakan senegara, Olav Kooij dan Maikel Zijlaard.
Pelumba berusia 23 tahun itu memuji pasukan Picnic-PostNL yang membantunya meraih kemenangan ketiga pasukan musim ini, yang penting dalam usaha kekal di kelompok 18 terbaik WorldTour.
Perlumbaan peringkat sejauh 189km dari Alberobello ke Lecce dimulakan dengan kayuhan solo Francisco Munoz (Polti VisitMalta), yang bertahan lebih 130km sebelum ditangkap peloton 56km sebelum penamat.
Mads Pedersen (Lidl-Trek), juara peringkat ketiga dan pemegang jersi merah jambu, terlibat dalam insiden kemalangan ketika perlumbaan berbaki 20km,namun dia bangkit menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan berkelebihan tujuh saat ke atas Primož Roglič (Red Bull-Bora-Hansgrohe)