fb fb fb fb fb

MHL 2023: Young Tigress berpesta gol belasah Mutiara Impian 6-0

(Pasukan Young Tigress mengekalkan rekod kemenangan apabila mudah menundukkan pasukan dari Pulau Pinang Mutiara ImpianĀ  6-0/FOTO FB Arena Hoki Malaysia)

BUKIT JALIL, 20 Februari - Pasukan Young Tigress meraih kemenangan ketiga selepas membelasah Mutiara Impian 6-0 dalam Kejohanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 di sini pada Ahad.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Lailin Abu Hassan terus memimpin liga dengan 9 mata meskipun terpaksa beraksi dalam cuaca hujan lebat di Stadium Hoki Nasional semalam.

Jaringan pertama Young Tigress hanya terhasil pada minit ke-11 menerusi jaringan padang Nur Insyirah Effarizal.

Nur Iman Adawiyah Mohd Suhaimi meledak gol kedua pasukan beberapa minit berselang, untuk meletak Young Tigress mendahului 2-0 tamat suku pertama.

Young Tigress terus garang menambah dua lagi gol pada suku kedua menerusi jaringan padang Azmyra Mia Sofea Azhairy dan J. Thibatharshini, masing-masing pada minit ke-24 dan 28.

Mutiara Impian kian derita apabila bolos buat kali kelima menerusi jaringan pukulan sudut penalti Aina Zafifah Mohd Razali pada minit ke-45.

Azmyra kemudian menutup kemenangan bergaya 6-0 ke atas Mutiara Impian dengan jaringan kedua peribadi pada minit ke-52.

Young Tigress bakal berdepan Negeri Sembilan dalam aksi seterusnya pada rabu ini.


(FOTO FB Arena Hoki Malaysia)

Media Baharu