KUALA NERUS, 22 Disember- Suku akhir kedua Unifi Piala Malaysia 2024 antara Terengganu FC TFC dengan Negeri Sembilan FC NSFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi menyaksikan kemenangan 4-2 memihak kepada tuan rumah.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan TFC ke separuh akhir dengan agregat 6-2.
Namun pada awal permainan pasukan tuan rumah terlebih dahulu tersentak, apabila NSFC memperoleh gol pembukaan dan pertama mereka perlawanan menerusi sepakan penalti yang diambil Muhamad Hadi Azman pada minit ke-24 untuk merapatkan agregat kedudukan 1-2.
Gol tersebut tersebut juga turut menaikkan semangat pemain pelawat untuk memburu jaringan seterusnya dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu Sang Penyu ketika pasukan itu cuba mencari dan menyusun kembali rentak permainannya semula.
Hasilnya pada minit-33, jaring gawang TFC sesekali lagi bergegar apabila Selvan Anbualagan berjaya menyudahkan bola hantaran lintang yang gagal diselamatkan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim, untuk kedudukan dua kosong sekali gus mengikat kedudukan agregat dua sama.
Akan tetapi pada minit ke-41 sorakan 6,000 penyokong tuan rumah di stadium mula bergema kembali apabila Akhyar Rashid berjaya menjaringkan gol selepas mendapat hantaran lintang Ismael Akinade di dalam kotak penalti untuk kedudukan satu, dua.
Malah TFC juga berjaya mengikat kedudukan dua sama, sebelum rehat separuh masa dan kali ini menerusi Safawi Rashid, hasil dari gerakan serangan balas pantas.
Rentak permainan yang sama mencari gol terus digerakkan oleh kedua-dua pasukan sebaik sahaja rehat, dan hasrat penyerang tuan rumah Ismael Akinade untuk terus menceriakan para penyokong yang hadir pada minit ke-58 pula hampa, apabila jaringannya tidak dikira selepas semakan VAR dibuat.
Namun begitu gol pendahuluan perlawanan yang di cari TFC akhirnya muncul pada minit ke-81 menerusi Azam Azmi Murad untuk kedudukan, tiga, dua dengan kedudukan agregat lima, dua.
TFC terus melebarkan lagi jumlah golnya pada penghujung perlawanan dengan jaringan penalti yang disempurnakan oleh pemain pertahanannya Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni untuk kedudukan 4-2.
Sekali gus memperoleh kemenangan mutlak dengan agregat TFC enam, NSFC dua, untuk layak ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia 2024.